Pages

Subscribe:

Friday, August 28, 2009

::alkisah khutbah jumaat::


Alhamdulillah.Sudah hari ke-7 kita berpuasa.Harap semua orang sihat,meneruskan misi Ramadhan dengan lancar dan baik.Jom saling mendoakan antara satu sama lain,terutama masa berbuka sebab masa tu la doa mudah dimakbulkan InsyaAllah.Ikuzo,nee~.

Back to the main story.Hari ini hari Jumaat,Sayyidul Ayyam,penghulu segala hari,macam biasa si Amru dan otousan pergi solat Jumaat dekat Masjid Al-Quddus,Paya Bemban.Memang jadi kebiasaan untuk kami pergi awal sebab tempat parking amatlah terhad.Kalau takde tempat parking biasanya para jemaah akan parking merata-rata je kenderaan mereka.Ada yang parking sampai menghalang laluan kereta yang parking di tempat yang disediakan.

Khutbah hari ini mengenai kemerdekaan negara kita yang ke 52.Seperti teks-teks kemerdekaan yang sudah biasa kita dengar,teks tu mesti cerita pasal pembebasan negara kita dll.Pada pertengahan teks,khatib menceritakan pasal kita sudah merdeka tapi minda masih dijajah.Ada satu bahagian itu,khatib menjelaskan:

"Orang yang mengamalkan Islam di masjid semata-mata untuk solat Jumaat,dengan meletakkan kenderaan mereka merata-rata tempat,dan seterusnya menghalang kenderaan orang lain untuk keluar kerana mengambil masa yang lama di masjid untuk solat sunat selepas solat Jumaat juga termasuk dalam orang yang dijajah pemikirannya."


Si Amru tersengih sorang-sorang.Macam kebetulan je teks khutbah dengan keadaan yang berlaku kat masjid ni.Memang terasa sampai ke hatilah si fulan yang buat perkara tu.Hehe.

Quote yang dapat Amru tangkap semasa khutbah:

"Sesungguhnya jihad bukan setakat kita berperang dan mengangkat senjata.Setiap hari kita berjihad menjalani kehidupan kita,samada untuk diri sendiri mahupun kebaikan orang lain"

Oke.Itu je untuk kali ni.Selamat menjalani ibadah puasa semua.Salam.

0 orang tak puas hati:

Post a Comment