Pages

Subscribe:

Wednesday, August 19, 2009

::ahlan wasahlan ya ramadhan!::


Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah,Ramadhan yang ditunggu-tunggu kini menjelang tiba.

Sama-samalah kita manfaatkan Ramadhan kali ini dengan mempertingkatkan kualiti amalan kita kepada pencipta kita.

Dan,Amru ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi,kerana dengan hadirnya Ramadhan kali ini,maka genaplah setahun ana melakukan "anjakan paradigma" terhadap diri sendiri,dari perangai yang buruk kepada yang lebih baik.

Semoga Allah jadikan ana istiqamah dalam perubahan ini,malah lebih baik dari semasa ke semasa insyaAllah.

Amru masih ingat kata-kata seorang sahabat:
"Jadikan Ramadhan ini sebagai kem muhasabah diri,untuk kita sama-sama melakukan perubahan ke arah kebaikan,serta menginsafi diri sendiri terhadap dosa-dosa yang dilakukan"

Teringat pula kenangan menyambut Ramadhan di MRSMPC.Pada masa itulah,si Amru yang liat hendak ke surau ini mula mendekati Surau AlKhairiah maktab,sebagai satu permulaan untuk berubah.Kalau dulu,masa Maghrib dan Isyak je Amru pergi surau,Subuh tak tentu,Zohor dan Asar pun.Alhamdulillah,berkat usaha serta tawakal,tidak lupa sokongan rakan-rakan yang membantu dapat Amru istiqamah untuk ke sana.

Ini lah surau MRSMPC.Ada coverwalk bagi memudahkan pelajar ke sana semasa hujan.


Masa itu jugalah,Amru baru didedahkan dengan ibadat Qiamulail,solat tahajud,solat sunat taubah dan lain-lain.Masa itu barulah rasa betapa kecilnya diri ini di hadapan Allah.Sememangnya pengalaman sebegini tak dapat Amru lupakan.Dan,semoga Allah sentiasa membuka peluang bagi ana untuk melakukan ibadah sedemikian,Insya-Allah.

Yang paling bahagia ialah saat iftar (berbuka puasa).Semua pelajar lelaki wajib berkumpul kat surau,bawa bekas minuman dan sama-sama edar kurma dan kuih antara satu sama lain.Hehe,yang paling menyeronokkan bila main teka-teka nama kuih,sebab ada di antara kami tak kenal kuih tradisional.Paling suka bila dia hidang kuih buah tanjung,tapi kadang-kadang rasa dia tak manis sangat,rasa telur je lebih.Sebelum berbuka,ramai yang berebut-rebut nak azan,sebab amalan ini antara yang besar ganjarannya.Lepas dalam 10 minit azan,barulah kami sama-sama berjemaah solat Maghrib,dan seterusnya menuju ke Dewan Selera (DS) untuk makan nasi pulak.

Huzaizie tengah tunggu tarawikh..hehe.

Tarawikh malam pun best jugak.Ada ustaz-ustaz yang datang dari luar,ataupun antara pelajar lelaki sendiri yang akan jadi imam.Buat 8 rakaat je dengan 3 rakaat witir.Habis tarawikh,pelajar bebas nak buat apa,nak pergi kelas untuk prep malam ataupun stay dekat surau buat aktiviti sendiri (biasanya study jugak,lagi-lagi masa tu kami sedang menduduki percubaan SPM).

Tengah ikat serban ke tu?

Haish..surau pun ada DJ jugak?


Sahur...selalunya pergi awal-awal sebab taknak terlibat dalam kesesakan lalu lintas.Selalu dalam pukul 4.30 pergi DS untuk makan.Masa tu macam-macam gelagat juga boleh tengok.Muka mengantuk masing-masing.Comel.Hehe.

Hurm.Taktau nak tulis apa dah.Cuma,harapnya Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya InsyaAllah!Ganbatte Kudasai!Wassalam.

Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


0 orang tak puas hati:

Post a Comment