Pages

Subscribe:

Sunday, July 19, 2009

::tadrus::



Semalam ana "terpaksa" menghadiri sebuah Konvensyen Perubatan,Pergigian Dan Farmasi Mesir anjuran Global Medic Network.Rasa "kaslan" (malas) juga nak pergi,tapi dah diwajibkan pergi je la.Lagipun ada urusan penting yang harus diselesaikan sebelum penerbangan ke Mesir.Otousan tak pergi,dia suruh wakilkan je.Jadi,travel-alone lah ana ke ibu negara menaiki pesawat 6.45 pagi ke "Mator" (airport) KLIA.Sesampainya di KLIA,dah tak fikir apa,terus pergi kaunter KLIA Express,beli tiket untuk pergi KL Sentral.Dalam pukul 8 baru board-on train.Alhamdulillah,puas hati jugaklah walaupun terpaksa habiskan RM35,sebab selesa dan tren laju awi-awi (sangat-sangat).

Rasanya tak perlulah ana cerita perjalanan pergi dan balik,tak penting pun.Yang menjadi persoalan sekarang,ana perlu betul-betul bersedia menghadapi perubahan dari segi cara pembelajaran.Semasa taklimat,ana diberitahu bahawa konsep pengajian program Medical Regular (program yang ana ambil) kat Mesir nanti berbeza sangat dengan lain-lain universiti atas muka bumi ni,sebab ia mengikut cara tradisional,ala-ala Universiti Al-Azhar.Macam mana?Kita kat Malaysia ni kan dah biasa diasuh dengan sistem semester,every semester is divided into couple of weeks,then after that there will be an examination.Sistem tradisional pulak,ana akan mengikuti kuliah selama setahun,dan pada akhir tahun pengajian barulah ada peperiksaan yang meliputi setahun pengajian!Wah,sukar juga.

Namun,ana berharap dalam masa sebelum berangkat,ana dapat mempersiapkan diri untuk menempuh studi,dan harapnya pada tahun pertama nanti ana memperoleh gred terbaik.Kalau tidak mumtaz pun,jayyid pun tidak mengapa.

(Mulai sekarang,Amar akan cuba menggunakan kata ganti nama 'ana' sebagai usaha untuk memantapkan lagi arabic.Lagipun,ia termasuk dalam ajaran Islam.InsyaAllah.Allah Yubarik Fik)

0 orang tak puas hati:

Post a Comment