Pages

Subscribe:

Thursday, July 9, 2009

::fii gameah wataniah malizia::

Assalamualaikum.

Post kali ini,saya nak berkongsi sikit pengalaman semasa Kursus Persediaan Ke Timur Tengah dan Arab Mesir (PINTAR),anjuran GMN pada 10 Mei sampai 26 Jun lepas.

Setibanya di UKM

Wah.Strategik betul lokasi kolej saya.Di puncak tertinggi UKM,itulah Kolej Ibrahim Yaakub.Tak hairanlah jika penduduknya digelar Highlanders.Dapat bilik kat blok 15A-106,sekali dengan sorang budak Johor,nama dia Syukri.Ex-MTD.Nampak cam senyap tapi sebenarnya banyak cakap.Banyak bagi pendapat yang best.Pandai paku orang.

Kuliah?

First time pergi kuliah macam buat perarakan nak pergi meminang (sebab ramai sangat orang).Masa tu buat misi pertama : cari kawan!Yelah,takde kawan susah juga nak hidup.Masa jalan2 tu kenal dua orang lepasan Kolej MARA Kulim,Najmi dengan Luqman.Cakap punya cakap sampai tak sedar dah sampai kat Dewan Kuliah Sains Matematik,dekat Fakulti Sains dan Teknologi (FST).Kata Abang Asrul (ketua urusetia) dewan tu yang paling besar,tapi dengan bilangan pelajar seramai 250 (pada mulanya,lama-kelamaan sampai 310 orang!) tu,rasa sempit jugaklah.Lepas tu ada sesi pengenalan dengan ustaz dan ustazah,2 orang Arab dan selebihnya orang Melayu (student masters in islamic kat UKM).Mula2 kekok jugak sebab orang Arab yang mengajar,takut tak faham tapi Alhamdulillah,orang2 Arab ni lucu juga rupanya,terutamanya Ustaz Khalid.Lepas tu ada sesi pemilihan wakil blok dan pelajar,Alhamdulillah,syukur sangat sebab tak terpilih sebab dah berazam tak nak pegang apa2 amanah dan tanggungjawab yang besar masa study nanti.Cukuplah BWP menjadi kenangan,hehe.Kuliah biasa mula pukul 9 pagi sampai 12.30 tengah hari,biasa lepas Dhuha saya dah mula berjalan pergi dewan kuliah sebab nak betul2 bersedia dan pilih tempat duduk yang strategik (yang boleh nampak whiteboard dan sukar ditarget ustaz/ustazah,hehe)

Tutorial?

Semua pelajar dibahagikan kepada 6 tutorial (later on tambah satu lagi bagi mustagid dan mustagidah (pelajar2 baru).Saya dimasukkan dalam Tutorial 5 (Magmu'ah Khamsah),di bawah bimbingan Ustaz Khalid.Fakta tentang Ustaz Khalid,dia panggil pelajar2 perempuan dengan nama2 manja orang Mesir seperti Zuzu,Mimi,Lulu,Layla dll.Lelaki pula,semua nama dia ingat kecuali Danial,asyik2 kena "isma' eh?"(what's your name) je.Selalunya saya duduk kat depan sekali tepi dinding,nak kata strategik tak jugak sebab betul2 depan meja ustaz/ustazah.Kelas tutorial mula pukul 2.30 petang,dan berakhir tak tentu.(kalau dengan ustaz2 Arab,diorang bagi keluar awal,lain2 biasanya pukul 4.30 atau 5.00 baru habis).Berlainan dengan kuliah biasa,kelas tutorial biasanya bagi lebih pendekatan dan aktiviti macam berlakon,tengok filem Arab dll.

Malamnya?

Mula2 ingatkan malam tu khas untuk revision sendiri,rupa2nya kena berkumpul ikut tutorial dan buat aktiviti2 yang dikendalikan oleh rais dan raisah (ketua dan penolong kelas).Banyak juga aktiviti yang dibuat macam tukar2 hadiah,sesi tazkirah,main Truth or Dare (sieyla,sini baru aku belajar main goni,hehe) dll.Tutormates sporting semua,dengan style tersendiri.Banyak juga 'selebriti' dalam tutorial ni,ada Tomok,Aizat AF,Yuna,Radhi OAG,Mawi dll.

Hujung Minggu?

Kalau tak keluar pada hujung minggu,memang mengalami kebosanan yang terlampau.Jadi sepanjang 6 minggu tu,3 kali je saya keluar.Pergi KLCC,Midvalley dan Times Square.Sepanjang perjalanan (naik tren KTM),sempat juga berbual dalam Ammiah,dan kebetulan ada orang Arab di dalam tren,mereka senyum2 dan sempat mengucapkan "Lau Samaht" (excuse me) bila nak keluar dari tren.Masa ini juga saya first time menonton wayang di panggung.Yang penting,masa nak duduk tu saya pilih tempat di tengah2 rakan yang lain,bimbang ada perempuan bukan muhrim yang duduk kat sebelah.Tengok filem Night At The Museum 2,Syurga Cinta dan Jangan Pandang Belakang Congkak.Okey lah,at least boleh mengisi masa hujung minggu.Tapi,saat yang paling saya tak suka ialah bila berasak-asak masuk tren sampai nak bergerak seinci pun tak boleh,dan bimbang bersentuh dengan perempuan.(selalunya saya pakai baju long-sleeve)

Dinner?Sukaneka?

Minggu terakhir kursus,wakil2 pelajar anjur satu majlis makan malam penutup.Disebabkan tak cukup orang,maka mereka menyerap beberapa orang dari setiap tutorial untuk jadi AJK.Dan,saya (dengan semangat ex-biro kebudayaan) join,untuk mengaplikasikan pengalaman yang ada.Saya dilantik jadi AJK Multimedia bersama Haldizam (budak Sarawak) dan Aisyah.Kerja saya?Buat slideshow (2 slideshow terpaksa saya buat,satu untuk tutorial,satu untuk majlis) dan manager bahagian PA system,lighting dan stage props sewaktu dinner.Sebelum dinner,diadakan satu sukaneka (yang saya tak dapat sertai sebab busy buat slideshow).Pukul 4 pada tarikh dinner tu,saya dah pergi ke lokasi (Dewan Seri Seroja,Putrajaya) untuk buat persiapan.Bayangkan,slideshow yang hendak ditayang siap beberapa minit sebelum majlis bermula!Alhamdulillah,majlis berjalan lancar walaupun ada kekurangan dari segi pergaulan pelajar (asalnya meja lelaki dan perempuan hendaklah diasingkan,tapi ada yang buat tak tahu).

Ok,sekian sudah buat kali ni.Nak upload gambar pun,sikit sangat,tak memadai.
Maasalamah,Allah Yubarik Fik.

0 orang tak puas hati:

Post a Comment