Pages

Subscribe:

Friday, May 1, 2009

::antara Shakespeare dan Penicilin::

Assalamualaikum.

Post saya kali ini lebih kurang kesinambungan kepada UPU saya tu.
Erm,sebenarnya,selepas keluarnya keputusan permohonan matrikulasi,saya dah menerima tawaran untuk pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Mansourah,Mesir.
Alhamdulillah,walaupun ia bukan universiti yang saya idamkan,sekurang-kurangnya saya dapat meneruskan pengajian di bumi anbia tersebut.
10hb May ini saya akan mengikuti kursus arab amiah di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dengan peluang yang dah ada ini,kenalah saya berusaha sedaya upaya nak dapat ijazah perubatan,dan juga untuk membalas budi baba yang sanggup hantar anak dia ke sana.

I appreciate it,dad.

Semoga aku dapat menjadi seorang pakar perubatan Islamik seperti Ibnu Sina,InsyaAllah.


Jadi,apa kena tajuk post saya yang ada nama Shakespeare tu?
Macam ini,sebenarnya,saya bercadang untuk mengambil jurusan TESL sebagai pilihan kedua selain dari bidang perubatan.
Sebab,dari kecil lagi,saya amat meminati mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Dari Teacher Sharifah (wah,tak sangka saya masih mengingati cikgu Inggeris semasa darjah satu) hinggalah Teacher Hasniah aka Miss Nini.
English sangat menarik,sebab itu ia pilihan kedua saya selain perubatan.
Uhh,Biology dan English 1119 sangat menarik!!!
Saya betul-betul teruja dengan kekuasaan Ilahi dalam penciptaan pelbagai jenis tulang,proses penghadaman makanan dan respons dari receptor ke effector.
Pada masa yang sama,saya turut meminati Potato People,Prisoner of Zenda dan How Dalat Got Its Name!

*hurm,apa kata saya buat major in medicine,minor in TESL?ada ke?*

Kejadian saya menerima tawaran Asasi Bahasa Inggeris membuatkan saya digelar teacher sepanjang hari ini.
Saja puas2,saya menghantar SMS kepada mak saudara saya dan memberitahu situasi tersebut.


Amar : Che Su,ore buleh TESL kat UIA.Jadi teacher lah ore pahni.

Che Su : Ups,nok gi UIA ke nak gi mesir?gi mesir la,jadi teacher takde challenge

Amar : Biar ar,ore buat duo2.Tokleh ko?

Che Su : Che Su tok sokong awak masuk UIA.Che Su dah koya nok gi jaley kat mesir.
Jangan hapuskan kekoyaan Che Su ni.

Amar : Ore pun koya doh nok jadi supo Fahri cito Ayat2 Cinta.Gi UIA tokleh jadi Fahri.

Che Su : Jangan jadi Fahri.Nanti gi mesir nikoh pulop.


Haha.Nak tanya bab study je,tiba2 masuk bab nikah pulak.
Oh well,nampaknya di mana aku selepas ini?
Kita tunggu dan lihat,wallahualam.


Apa2 pun,lakonan mamat ini yang membuat saya semakin bersemangat untuk menjadi doktor!Mizuno-sensei,aku akan mengikuti jejakmu!Tapi,versi Islamic lah.

0 orang tak puas hati:

Post a Comment