Pages

Subscribe:

Thursday, April 2, 2009

::wajahmu tatapan manusia::

i copied this from someone's blog.just to share with you guys,fellow muslimin and muslimah

Hati saya tidak senang. Saya membuka beberapa friendster dan myspace para sahabat untuk melihat perkhabaran sahabat-sahabat yang kini jauh dari mata. Cumanya ada beberapa friendster dan myspace yang membuatkan muka saya ketat lagi kelat. Ketat kerana melihat gambar-gambar mereka yang suka-suka ditayang-tayang tanpa rasa malu atau bersalah, malu kepada Allah? Mungkin belum terlintas di fikiran mereka bahawa gambar seorang wanita itu terlalulah peribadi untuk ditonton umum. Apatahlagi kalau orang boleh ‘copy’ tanpa izin.

> Saya menjadi kesal dan terlalu sedih kerana ia turut mendapat sambutan wanita bertudung litup juga turut berjinak-jinak dalam kegiatan ini. Tujuan saya menulis entri tentang ini bukan kerana ingin memalukan mereka, tetapi saya sungguh-sungguh mahu memberi kesedaran kepada mereka, (jika bukan kalian yang terlibat, berpesan-pesanlah kepada ‘golongan’ ini.) tentang rasional dan logiknya menayang gambar sendiri di website atau di internet.

> Pertama, tolong tanya hati, waktu anda dengan semangatnya mencari-cari gambar sendiri dengan pose yang menggiurkan, atau pose yang memfokuskan pada bahagian muka atau mata untuk diletakkan di internet, untuk apa semua itu anda lakukan? Saya pasti jawapan hanya satu. Tentunya anda mahu dilihat orang. Inilah diri anda.Yang lebih bahaya lagi, anda pasti suka dikomentar :

> “ comelnya awak”

> “ geramnye..cantik”

> “ aduhai, lawanya mata”

> Setelah dikomentar begini hati berbunga-bunga riang. Kalau boleh dilihat bentuk hati, pasti sudah mengembang macam belon. Bagi kalian yang wanita, uhh, jangan dinafikan persaan ini. Saya juga wanita seperti anda. Siapa yang tidak suka dipuji? Rasa terlambung-lambung di awan bukan? Tapi awas, jika ini adalah tujuannya, ia melambangkan satu pemikiran mentah dan kurang matang anak-anak remaja yang baru hendak kenal dunia. Sedangkan umur kalian sudah di paras dewasa, bahkan dengan nilai agama yang ada, sepatutnya sudah cukup membentuk rasa malu dalam diri. Biar hanya malu untuk sekeping gambar. Apakah untungnya hal2 dunia yang fana ini?

> Kedua, tolong tanya hati, di mana nilai diri anda? Kenapa begitu mudah menyepahkan gambar di internet untuk tatapan mata-mata yang tidak selayaknya melihat anda? Bagi yang berhijab,( maaf kerana hati saya jadi berang melihat kalian suka-suka hati pose dengan hijab yang dipakai dan difokuskan bahagian mata dengan pandangan yang menggoda), untuk apa kalian berhijab jika asalnya ingin mengelakkan fitnah, tetapi akhirnya sampai jadi begini. Bukan setakat memberi fitnah pada diri sendiri, bahkan telah memburukkan imej wanita lain yang berhijab yang tidak terlibat dengan kegiatan kalian. Astaghfirullah.Maafkan saya jika ingin saya katakan, jika kalian masih terus begini, dipersilakan untuk malu dengan diri anda kerana fungsi hijab telah terhapus sepenuhnya!

> Wanita Muslimah...Diri anda, telah Allah muliakan dan sucikan bahkan diberi darjat yang tinggi dalam Islam. Tetapi apa yang kalian telah lakukan? Memurahkan diri untuk berkongsi diri dengan mereka yang bukan muhrim walau hanya dengan gambar. Jujurnya, saya merasa ‘pelik’ dan terpaksa saya beristighfar apabila melihat gambar-gambar kalian kerana rasa ‘jelek’ telah mengotorkan hati. Tetapi apa saya boleh buat, kalian telah menjemput saya untuk berasa demikian. Logiknya memang begitu. Saya memohon, hadirkanlah walau sekelumit rasa malu untuk hal ini. Jika hati belum terasa apa-apa, timbangkanlah dengan logik, apakah harga diri yang telah kalian letakkan? Itu sahaja.

bersusah2 kita melindungi diri dari panahan mata2 yang haram, namun pandangan2 itu masih dapat menatap diri kita sewenang-wenangnya. maka hijablah dirimu sepenuh nya. malulah pabila yang ajnabi melihat mu.termasuklah melihat lakar wajahmu.

> Akhir, maafkan saya. Seribu maaf andai teguran ini agak keterlaluan. Apa yang saya harapkan ada jiwa yang masih lembut untuk menilai inti tulisan saya kali ini.Wanita muslimah, saya merayu sekali lagi, sayangilah diri, cintailah diri, jangan dibiarkan hijab yang selama ini dijaga dijaja kepada mata-mata yang tidak halal memandang.

1 comment: