Pages

Subscribe:

Wednesday, April 14, 2010

::dicumarol::

Tajuk entri tiada kena mengena . Saya suka nama Dicumarol tu . Inhibitor bagi Vitamin K .

Alhamdulillah , sejak kebelakangan ini saya mendapat khabar yang baik dari rakan – rakan seperjuangan sekalian , mengenai transformasi diri mereka kearah yang lebih baik , dan semestinya ke arah pengamalan Islam yang sebenar . Sejuk hati apabila dapat membaca luahan perasaan seperti ini , yang secara tidak langsung menimbulkan persoalan di hati saya : Bagaimana pula dengan aku ? Adakah aku semakin baik , atau adakah aku semakin banyak buat dosa , semakin banyak buat maksiat ? Dan , adakah aku seorang yang cakap tidak serupa bikin , tahu menasihat orang tapi diri sendiri pun tak terjaga ?

Cerita mengenai perubahan , persamaan antara cerita – cerita yang saya dengar ialah : Dari couple kepada single . Ya , memang sejak dari dahulu lagi topik inilah yang biasa hangat dalam kalangan remaja . Di laman iLuvIslam sekalipun , topik atau artikel yang berkaitanlah selalunya dihujani komen – komen daripada para pembaca . Nah , hebatkan kuasa cinta ? (Ayat ini agak pelik bagi seseorang berjiwa keras seperti saya . Sila abaikan ) . Cinta boleh buat seorang jadi gila . Cinta juga boleh buat seorang jadi lebih baik . Sebab cinta itu buta . Orang yang bercinta itulah yang akan menuntun cinta tersebut , kalau orang yang menuntun itu banyak ilmunya , baik budi pekertinya , maka cinta itu akan sampai ke destinasi yang baik , menerusi haluan yang betul . Kalau sebaliknya ? Faham – fahamlah sendiri .

Sebenarnya titik utama entri ini bukanlah mengenai cinta , tetapi mengenai perubahan itu . Perubahan dari bercinta sebelum nikah kepada bujang . Bagi yang dapat melepasi ujian itu , tahniah , moga anda istiqamah dengan perubahan tersebut . Kepada yang belum lagi , anda masih punya peluang , cuba – cubalah untuk berubah walaupun berat . Bukan omong kosong , saya juga ada pengalaman yang sudah pupus . Namun , tunggu dulu! Jika kita fikirkan semula , kita baru sahaja melepasi 1 daripada ribuan ujian Tuhan , adakah kita boleh berbangga dengan pencapaian tersebut ? Bukan hendak mengecam , cuma memperingati diri juga . Sebab saya juga pernah berada di tempat anda semua .

Ramai orang merasakan diri mereka bebas dari maksiat setelah putus couple . Sebenarnya , tidak juga . Maksiat itu banyak . Saya pun tak berani nak senaraikan , kena rujuk kepada yang lebih pakar . Ada manusia yang dirinya single , baru putus couple , tapi mereka lupa kepada satu perkara : Ikhtilat . Rasanya sudah banyak kali perkataan ikhtilat itu muncul dalam entri – entri saya sebelum ini , jadi tidak perlulah dijelaskan dengan lebih panjang . Bergaul bebas dengan berlainan jenis , nampak mesra – tapi tidak kisah , sebab katanya tak couple . Tak mengapa . Tak mendekati zina sebagaimana couple . Betulkah ?

Ikhtilat tak berlaku dalam dunia sebenar sahaja , bahkan di dunia maya juga berlaku . YM , Facebook , Skype . Sampai berjam – jam lamanya , dengan tiada keperluan . Bukan nak mengata , sebab saya sendiri pun lalai . Buat juga . Aduh .

Jadi , solusinya ? Dekatkan diri kita kepada pencinta yang paling baik . Allah SWT . Bagaimana ? Kita kenali Allah sepertimana kita nak mengenali akhawat atau ikhwah . Tuntut ilmu mengenaiNya . Jangan menjuzukkan ilmu , dengan mengatakan ilmu sedemikian hanya layak untuk Azhari , bukan untuk Tibbi . Tidak . Bagaimana kita boleh mengaku kita sayang Allah , cinta Allah , tapi ilmu tiada ? Samalah seperti kita minat kat seseorang , tetapi tak tahu namanya , tak tahu peribadinya , malah tidak tahu rupanya bagaimana ? Ilmu yang bermanfaat adalah salah satu bekalan kita pada hari esok kelak . Beringat – ingatlah .

Oh , doakan saya untuk imtihaan bermula pada minggu hadapan juga ye .

“ Bukan berkhutbah cuma perbetul diri jua “

0 orang tak puas hati:

Post a Comment